Segala Nikmat Duniawi ...







Pirate Said

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian -- Hukama'

Pirate Logo



One fall , one die!!!
Its Not Over Until I Win !!!

Pirate Time

Pirate Link


Nilah website yang aku selalu buka.Web Site nie banyak tolong aku up kan minda aku ...


...:: Ukhwah ::...
...:: Sahabathijjaz ::...
...:: ItTutor ::...
...:: Yahoo!!! ::...
...:: Hotmail ::...
...:: Google ::...
...:: Code Project ::...
...:: Utusan Malaysia ::...
...:: Blogger::...
...:: Skin Blogger ::...

Pirate Group

...:: Korperal Sniper ::...
...:: Korperal Ied@ ::...
...:: Korperal Dr@goN ::...
...:: Korperal ElmO ::...
...:: Korperal GurlZ ::...
...:: Korperal Sync ::...
...:: Korperal Lady Pretty Bara ::...




pirate massage



Calendar Pirate


Pirate Converter


Pirate Counting His Soldier


Pirate Backup In Da Club


Pirate Counting His Soldier


Monday, March 28, 2005

Seorang lagi wanita jadi imam solat Jumaat

NEW YORK 25 Mac - Seorang lagi wanita dijadualkan menjadi imam untuk solat Jumaat di Boston hari ini, walaupun tindakan itu ditentang hebat oleh para pemimpin Islam.

Nakia Jackson, seorang penduduk Boston, dipilih menjadi imam untuk solat Jumaat itu yang akan dihadiri oleh jemaah lelaki dan wanita.

Nakia, 25, merupakan wanita kedua dalam tempoh seminggu ini menjadi imam untuk menunaikan sembahyang tersebut.

Minggu lalu, seorang profesor bersekutu dalam pengajian Islam di Universiti Komanwel Virginia, Amina Wadud muncul sebagai wanita pertama yang menjadi imam solat Jumaat di bandar New York.

Kedua-dua solat Jumaat itu dianjurkan oleh seorang pejuang wanita, Asra Nomani yang mengetuai kempen untuk menuntut lebih banyak hak untuk wanita Islam.

Solat Jumaat di bandar New York telah mencetuskan kecaman hebat di kalangan para pemimpin dan cendekiawan Islam di seluruh dunia.

Antara mereka yang menyuarakan kecaman ialah Ali Gomaa, seorang pegawai kanan dalam undang-undang Islam di Mesir, dan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang menyifatkan tindakan Amina itu bertentangan dengan undang-undang Islam dan tidak boleh diterima.

Asra, yang bakal menerbitkan sebuah buku mengenai nasib wanita Islam, berkata kecaman itu tidak akan menghalangnya daripada terus menganjurkan solat Jumaat yang diimamkan oleh wanita di seluruh Amerika Syarikat (AS), termasuk San Francisco dan Washington.

Kelmarin, beliau sendiri menjadi imam untuk sembahyang jemaah dekat Boston.

Asra dan para penyokongnya mengaku telah menerima ugutan dan apa yang mereka sifatkan sebagai ``e-mel ganas.''

Solat Jumaat di New York itu telah mencetuskan bantahan di kalangan masyarakat setempat dan lokasinya telah diubah beberapa kali sebelum itu akibat ancaman keganasan.

``Kami tidak akan lagi menerima pemikiran mereka yang korup. Kami yakin apa yang kami lakukan adalah betul dan sah,'' katanya. - Reuters


Sebab tu lah dalam Islam Pembid'ah kena dicantas awal2 dia punya bid'ah dan juga orang yang murtad kena dihudud kerana mereka ini mencabar hukum hakam islam seterusnya menambahkan fitnah yag telah tersedia ada, lalu orang lain yang lemah imannya akan turut terhasut dan berani bersama mereka dalam merosakkan kesucian ISLAM.

Innali lillaahi wainna ilaihi rojiuuun...

helmijoe at 8:56 PM