|
Pirate Said Pirate Logo Its Not Over Until I Win !!! Pirate Time Pirate Link Nilah website yang aku selalu buka.Web Site nie banyak tolong aku up kan minda aku ... ...:: Ukhwah ::... ...:: Sahabathijjaz ::... ...:: ItTutor ::... ...:: Yahoo!!! ::... ...:: Hotmail ::... ...:: Google ::... ...:: Code Project ::... ...:: Utusan Malaysia ::... ...:: Blogger::... ...:: Skin Blogger ::... Pirate Group ...:: Korperal Ied@ ::... ...:: Korperal Dr@goN ::... ...:: Korperal ElmO ::... ...:: Korperal GurlZ ::... ...:: Korperal Sync ::... ...:: Korperal Lady Pretty Bara ::... pirate massage Calendar Pirate Pirate Converter Pirate Counting His Soldier Pirate Backup In Da Club Pirate Counting His Soldier
|
Wednesday, March 23, 2005 Jangankan lelaki biasa,Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaanlelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagiyang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.Kepadawanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulangrusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiriyang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yangbengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan carayang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka denganharta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,nanti mereka semakin menderita.Yang sementara itu tidak akan menyelesaikanmasalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya. Akalsetipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman.Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana darisitulah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur danbahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupunperdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawakelembutan bukan suatu kelemahan.Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja :negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain.Tidak akan lahir 'superman'tanpa 'superwoman'. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhiburdan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidakboleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yangdirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki.Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulahakibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri merekasendiri, apalagi mengenal lelaki.Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri danbapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hatidan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalahkepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiridahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklahsegala-galanya dibawah pimpinan kita. |